KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan vaksin, tegas Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid.


Ringkasan AI
  • Kerjasama KKM dan Universiti: Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan vaksin kerana kepakaran lebih banyak terdapat di institut pengajian tinggi. Pembaziran Dana dan Kebergantungan Vaksin Import: Tindakan segera diperlukan untuk mengelakkan pembaziran dana dan kebergantungan kepada vaksin import. Kes Positif Mpox: KKM mengesahkan satu kes positif mpox varian Clade II di negara ini, melibatkan seorang lelaki warganegara tempatan yang mula menunjukkan gejala pada 11 September.


Menurut Profesor Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan IMU University itu, kepakaran tersebut ada pada institut pengajian tinggi, bukannya pada KKM.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, tindakan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.

"Diumumkan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bahawa Malaysia akan menghasilkan vaksin sendiri, namun selepas dua tahun satu dos vaksin belum dapat dihasilkan dengan suntikan dana yang besar oleh kerajaan. 

“Kepakaran untuk menghasilkan vaksin bukan berada di Kementerian Kesihatan, sebaliknya di universiti. Oleh yang demikian, sepatutnya universiti bekerjasama dengan kerajaan dengan ketetapan tertentu. 

“Kalau tidak sampai bila kita hendak bergantung kepada vaksin luar, memandangkan setiap kali berlaku penularan wabak kita perlu import dari negara asing. Pada masa itu, kita akan menghabiskan wang yang banyak tanpa menghasilkan sebarang dapatan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM – Pakar IMU University

Untuk rekod, kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion bagi pembelian vaksin yang diimport untuk menangani pandemik COVID-19 setakat tahun 2021. Lanjutan itu pada 2024, kerajaan menanggung kerugian sehingga RM185 juta akibat vaksin tamat tempoh setakat Julai 2024.

KKM mengesahkan satu kes positif mpox varian Clade II di negara ini pada Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September, diikuti ruam yang mula muncul pada 12 September.

Katanya, pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.


Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia