BAGAN SERAI: Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mereka datang semula untuk mendapatkan suntikan kedua.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan langkah itu dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan mengambil kira faktor logistik dan kedudukan lokasi masyarakat di luar bandar.
"Kita boleh beri vaksin jenis ini terutama mereka yang tinggal di pendalaman dan susah untuk datang mendapatkan suntikan...kerana jika ingin beri dua suntikan, ia bukan senang. Jadi inilah tujuannya," katanya.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-21 Persatuan Veteran ATM Cawangan Bagan Serai di Dewan Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.
Ketika ini, vaksin Pfitzer dan Sinovac digunakan dalam program imunisasi tersebut yang memerlukan dua dos suntikan bagi melengkapkan imunisasi.
Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata suntikan vaksin fasa kedua bagi memutuskan pandemik COVID-19 itu dijangka dilaksanakan bermula bulan depan namun tarikh rasmi mengenainya belum diputuskan lagi kerana kerajaan mengambil kira keadaan semasa sebelum membuat sebarang keputusan.
Katanya, sehingga kini hampir 500,000 petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin dan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan vaksin mencukupi dan diterima pada setiap minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Dr Noor Azmi berkata suntikan vaksin fasa kedua bagi memutuskan pandemik COVID-19 itu dijangka dilaksanakan bermula bulan. - BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kuantiti vaksin dos tunggal di Sabah mesti dipertingkat - MP Kimanis
Pertimbangan penggunaan vaksin dos tunggal penting memandangkan keadaan geografi dan kawasan pedalaman di negeri itu.

Kerajaan pertimbang vaksin satu dos kepada penduduk di pedalaman - Dr Noor Azmi
Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mereka datang semula untuk mendapatkan suntikan kedua.