Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata selain menyampaikan dasar dan polisi kerajaan, peranan media amat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat serta bertindak sebagai agensi yang membetulkan persepsi masyarakat.
"Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan.
"Justeru, saya dan KKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha komitmen, kesungguhan, kesabaran ketabahan media.
"Nama baik KKM, barisan hadapan agensi-agensi kementerian terlibat, nama baik negara kita dibawa oleh rakan media...hari ini dunia mengiktiraf kita," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di sini pada Khamis yang dihadiri kira-kira 120 pengamal media daripada pelbagai agensi berita.
Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam membendung COVID-19 adalah usaha pelbagai pihak yang memainkan peranan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 09 2020

NOOR AZMI: Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.

Warga MetMalaysia 'barisan hadapan' lindungi hidupan bumi
Warga MetMalaysia berperanan utama dalam memahami fenomena iklim seterusnya melindungi kehidupan di bumi.

Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

FAM kunci mulut pengganti Elavarasan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung calon jurulatih baharu ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian COVID-19
Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan.

Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.

KKM mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga emas, barisan hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Semangat menentang penjajah perlu diterap tangani COVID-19
Usaha menangani penularan COVID-19 tidak akan berjaya, jika tugas diserahkan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan semata-mata.

Program vaksinasi ImmuPlan akan ditambah baik - MB Johor
Tingkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura.