JOHOR BAHRU: Program vaksinasi ImmuPlan iaitu inisiatif kerajaan negeri Johor khusus untuk barisan hadapan ekonomi negeri itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai individu menerima vaksin COVID-19 menerusi program berkenaan.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, penambahbaikan itu termasuk meningkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura selain memiliki surat tawaran kerja atau surat majikan di Singapura menerima vaksin.
Beliau berkata demikian selepas beramah mesra bersama penerima vaksin di bawah program vaksinasi ImmuPlan itu di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.
Hasni sebelum ini dilaporkan berkata program vaksinasi ImmuPlan yang bermula semalam itu akan menyediakan sebanyak 100,000 dos vaksin kepada barisan hadapan ekonomi Johor dengan fokus terhadap sektor perindustrian, peruncitan dan kerajaan.
Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor, program itu amat membantu rakyat negeri ini terutamanya kepada mereka yang mencari pendapatan di Singapura.
Penerima vaksin, K. Kanmani, 33, berkata, sejak pandemik melanda negara, dia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya di bandar raya ini disebabkan tidak dapat berulang-alik ke Singapura.
"Sebelum ini, saya terpaksa menunggu giliran menerusi aplikasi MySejahtera. Dengan adanya program ini, saya mendapat vaksin lebih cepat dan saya berharap dapat kembali bekerja secepat mungkin.
"Program vaksinasi ini juga sangat membantu pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura berikutan ia dapat menjimatkan kos untuk urusan kuarantin sekiranya masuk ke Singapura untuk bekerja," katanya.
Seorang lagi penerima vaksin, Nor Fazlina Hamdan, 34, berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperkenalkan inisiatif tersebut dan berharap hasratnya untuk bekerja semula di Singapura akan tercapai.
"Sebelum COVID-19, saya berulang-alik bekerja di Singapura sebagai pegawai khidmat pelanggan. Program sebegini wajar diteruskan, saya berharap program vaksinasi di bawah ImmuPlan ini dapat diperluaskan kepada seluruh warga Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021

HASNI: Penambahbaikan itu termasuk meningkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.