PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta pemilik akaun media sosial yang mendakwa pegawainya ‘ponteng’ ketika berkunjung ke jabatan itu baru-baru ini untuk tampil mengemukakan aduan rasmi.
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Unit Komunikasi Korporat JPM berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.
“JPM ingin merujuk kepada video TikTok tular bertajuk yang dipaparkan melalui akaun TikTok. Sehingga hari ini tiada sebarang aduan rasmi diterima oleh JPM mengenainya.
“Sehubungan itu pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel aduan_ukk@jpm.gov.my atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.
“Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Tambahnya, JPM sentiasa komited dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Sejak Sabtu, tular sebuah video menggunakan akaun yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika berurusan di beberapa kaunter kerajaan termasuk JPM.
Video berdurasi dua minit 51 saat itu mendapat reaksi pelbagai oleh pengguna media sosial. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Hantaran Facebook JPM pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.
PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.