KUALA LUMPUR: Halaman lebih menarik, kandungan lebih komprehensif, portal Bahasa Inggeris kelolaan Astro AWANI bakal tampil berwajah baharu mulai Isnin ini. 

AWANI International membawakan liputan berita global yang mendalam serta analisis pakar untuk memastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dunia.

Daripada pentadbiran bulan pertama bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di tampuk kepimpinan kepada sidang kemuncak BRICS dan peranan diplomatik Malaysia yang semakin penting, hinggalah ke pilihan raya Amerika Syarikat yang akan datang, kami merangkumkan peristiwa-peristiwa penting yang bakal memberi impak kepada masa depan dunia.

Mulai 21 Oktober, kekal terhubung dengan Awani International untuk mendapatkan laporan menyeluruh dan pandangan mendalam mengenai hal ehwal global, semuanya di international.astroawani.com.