BARU-baru ini tular satu video seorang pesara tentera cedera akibat dipukul dengan buluh lemang oleh seorang peniaga selepas lelaki itu mendakwa lemang yang dibelinya mentah.
Di Terengganu, tindakan sekumpulan mat rempit membuat bising pada petang hari raya pertama menyebabkan seorang lelaki hilang sabar.
Lalu, dengan hanya berkain pelikat, lelaki itu turun ke jalan raya sambil memegang dua batang kayu kerana mahu mengusir kumpulan mat rempit tersebut.
Di Port Dickson, Negeri Sembilan pula satu video tular apabila seorang wanita cuba menahan sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat. Tindakan wanita itu yang membahayakan dirinya turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Ironinya, kesemua insiden itu berlaku ketika negara berdepan dengan fenomena cuaca panas. Apakah cuaca ada kesan kepada mental dan emosi manusia?
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negara kini mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos ini, susulan peralihan monsun. Peralihan monsun menyebabkan negara mengalami cuaca paling kering dengan suhu maksimum melebihi 35 darjah Celsius.
Negeri yang paling terkesan akibat cuaca panas ini adalah bahagian utara dan Pantai Timur Semenanjung. Khabarnya, kawasan di utara lebih teruk dengan kawasan bersempadan Thailand mencecah suhu lebih 37 darjah Celsius.
Bagaimanapun, setakat ini suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia ialah 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998. Suhu normal di negara ini adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.
Jika dibandingkan dengan negara lain, suhu Malaysia masih dianggap tidak sepanas seperti di India. Jabatan Meteorologi India (IMD) melaporkan, suhu maksimum diramal mencecah sekitar 39 hingga 41 darjah Celsius di beberapa bahagian Gujerat, sementara dua tempat di Odisha iaitu Jharsuguda dan Baripada, masing-masing mencatatkan suhu maksimum 40 darjah Celsius.
Lazimnya, kita sedar cuaca panas dan kering akan memberi tekanan fizikal kepada kesihatan tubuh, antaranya strok haba, sakit kepala, mual, berpeluh berlebihan dan denyutan nadi yang pantas.
Bagaimanapun, beberapa kajian mendedahkan cuaca panas juga mempengaruhi emosi, mental dan tingkah laku.
Dalam satu kajian pada 2017 yang melibatkan pekerja runcit di kedai rangkaian mendapati 50 peratus daripada mereka kurang berinteraksi secara aktif dengan pelanggan apabila cuaca terlalu panas.
Dalam satu kajian lain, penyelidik membahagikan pelajar kursus pengurusan kolej kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dimasukkan ke dalam bilik darjah yang lembap dan panas, sementara satu lagi di dalam bilik berhawa dingin.
Penyelidik kemudiannya meminta pelajar mengisi tinjauan untuk membantu orang yang kurang bernasib baik dalam komuniti tetapi hanya 64 peratus daripada peserta di bilik panas bersetuju untuk menjawab sekurang-kurangnya satu soalan, berbanding 95 peratus di bilik sejuk.
Jadi, penyelidik membuat kesimpulan bahawa haba benar-benar boleh menjejaskan persepsi, emosi dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain.
Faktanya adalah meskipun matahari boleh menyebabkan manusia lebih gembira dan selesa, mood itu akan bertukar sekiranya cuaca terlalu panas. Dalam satu kajian lain di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, cuaca panas adalah antara faktor meningkatnya jenayah bersenjata di negara tersebut.
Hampir 8,000 kes tembakan di 100 bandar paling ramai penduduk di AS dalam beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada suhu panas yang tidak sesuai, menurut kajian Universiti Boston dan Universiti Washington.
Diterbitkan dalam jurnal Jama Network Open, penyelidikan itu menganalisis 116,511 kes tembakan yang berlaku di AS antara 2015 hingga 2020 di 100 buah bandar.
Mereka mendapati 6.85 peratus atau 7,973 kes adalah disebabkan oleh suhu di atas purata. Tembakan ditakrifkan sebagai insiden melibatkan senjata api sekurang-kurangnya seorang terbunuh atau cedera.
Penyelidik berpendapat perubahan iklim yang mungkin meningkatkan suhu harian melebihi julat normal, boleh menyumbang kepada peningkatan kekerasan senjata api.
Apa pun, perlu diingat cuaca tidak sewajarnya dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menjustifikasikan emosi atau tingkah laku negatif kerana sebagai manusia, kita adalah makhluk berakal yang boleh membuat pertimbangan dalam apa juga situasi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023

Fenomena bahang cuaca yang melanda di beberapa kawasan di negara ketika ini adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi, akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang. - Gambar hiasan

Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah tersenarai paling bahagia
Sultan Pahang menzahirkan rasa gembira dengan pemilihan empat daerah di negeri ini tersenarai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi 2025.

Berang tidur terganggu, budak 6 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam karung
Suspek yang dipercayai berang apabila tidurnya diganggu mangsa telah bertindak menampar dan kemudian mencekik kanak-kanak itu hingga mati.

MPFKL 2024: Razaisyam Rashid dinobat Pengarah Terbaik menerusi Kahar: Kapla High Council
Untuk penganjuran kali kesepuluh, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) telah mengangkat filem Snow In Midsummer sebagai filem terbaik.

China hasrat bina teleskop di permukaan bulan
China mempunyai perancangan meletakkan sehingga 7,200 antena tersusun di permukaan bulan dalam kawasan seluas 30 meter persegi.

Cklamovski tidak janji pemain warisan akan diturunkan
Kehadiran dua pemain warisan terbaru negara, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menjadi nilai tambah buat kem negara yang akan menghadapi perlawanan bertemu Nepal.

Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan dan Terengganu
Di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan dan Kudat.

Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan
Lapangan Terbang Heathrow London mengumumkan ia akan menyambung semula beberapa penerbangan susulan gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas.

Meta AI dikembangkan ke 41 negara lagi, Malaysia masih dikecualikan
Meta AI di EU akan menyokong 6 bahasa yang boleh diakses pada Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger.
Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke Sinai
Dakwaan pemindahan 500,000 penduduk Gaza ke Sinai adalah tidak berasas dan bercanggah dengan prinsip negara, tegas Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir (SIS).
Mesir menolak sebarang percubaan pemindahan rakyat Palestin ke luar Gaza, terutamanya ke wilayah Mesir, demi keselamatan negara dan perjuangan Palestin.
Mesir menolak sebarang percubaan pemindahan rakyat Palestin ke luar Gaza, terutamanya ke wilayah Mesir, demi keselamatan negara dan perjuangan Palestin.

Trump umum Boeing bina jet pejuang generasi baharu AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pemberian kontrak bagi pembangunan jet pejuang generasi baharu Tentera Udara AS kepada Boeing.

Cuaca panas diramal tidak seteruk tahun lepas - Nik Nazmi
Pada masa ini, negara berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.