Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump mengumumkan pemberian kontrak kepada Boeing untuk pembangunan jet pejuang generasi baharu F-47.
- Jet pejuang F-47 dikatakan sebagai pesawat paling canggih dan berkeupayaan tinggi, serta merupakan jet pejuang generasi keenam pertama di dunia.
- Kontrak Kejuruteraan dan Pembangunan Pembuatan (EMD) bagi program F-47 dianggarkan bernilai kira-kira AS$20 bilion.
Trump berkata di Pejabat Oval bahawa pesawat pejuang F-47 itu "akan menjadi pesawat paling canggih, paling berkeupayaan dan paling berbahaya pernah dibina".
Trump dalam video yang dimuat naik di platform X mendakwa F-47 adalah "jet pejuang generasi keenam pertama di dunia.
"Kontrak bagi Platform Penguasaan Udara Generasi Baharu (F-47) adalah satu lonjakan besar dalam memastikan penguasaan udara AS untuk dekad-dekad akan datang," kata Ketua Turus Tentera Udara AS, Jeneral David Allvin dalam satu kenyataan.
"F-47 akan mempunyai jarak operasi lebih jauh, keupayaan siluman lebih canggih, lebih mampan, lebih mudah diselenggara serta tahap kesiapsiagaan lebih tinggi berbanding pesawat pejuang generasi kelima kami," tambahnya.
Kontrak Kejuruteraan dan Pembangunan Pembuatan (EMD) bagi program itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$20 bilion.
-- BERNAMA
