Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mengusirnya selepas menuduhnya merosakkan dasar luar AS.
"Dia telah membuat kenyataan menyokong Palestin dan membuat kenyataan menyokong rakyat Palestin serta membuat kenyataan mengkritik tindakan kerajaan Israel.
"Semua ini adalah ucapan politik yang dilindungi 100%, dan Pindaan Pertama juga meliputi sarjana visa J-1," kata peguamnya, Hassan Ahmad, dalam satu temu bual dengan Reuters.
Dalam pada itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perintah Mahkamah setakat ini.
Kes ini muncul ketika Trump berusaha untuk mengusir warga asing yang mengambil bahagian dalam protes pro-Palestin terhadap perang sekutu AS Israel di Gaza selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.
Langkah-langkah Trump telah mencetuskan bantahan daripada kumpulan hak sivil dan advokasi imigran yang menuduh pentadbirannya menyasarkan pengkritik politik secara tidak adil dengan menggunakan undang-undang yang jarang digunakan.
