Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu; Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Tahap 1 bermakna suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius di lokasi berkenaan selama tiga hari berturut-turut.
Justeru, penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berwaspada serta mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak MetMalaysia.
