SEOUL: Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk seluruh kawasan Seoul pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa cuaca.

Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius (C) atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Sementara itu, amaran gelombang haba turut dikeluarkan di kawasan lain di negara ini termasuk Gongju dan Cheongyang di Wilayah Chungcheong Selatan, serta Yongin dan Anseong di Wilayah Gyeonggi, yang menunjukkan suhu tertinggi mencapai 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Malam yang panas turut direkodkan di kawasan seperti Incheon dan Daejeon, Mokpo, Busan, Pohang dan Jeju.

Pada Ahad, suhu dijangka mencapai maksimum antara 23 hingga 36 darjah Celsius di seluruh negara, dengan suhu meningkat di bandar tenggara Ulsan, Seoul, Incheon, Daegu, Busan, Daejeon dan Gwangju.

-- BERNAMA