Korea Selatan dilanda gelombang haba sejak akhir musim monsun minggu lalu, dengan suhu di banyak bahagian negara itu melebihi 35 darjah Celsius. -Gambar hiasan
SEOUL: Empat orang maut manakala sekitar 400 pesakit mendapatkan rawatan di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan sepanjang minggu lalu, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap pada Ahad.
Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea memaklumkan sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
Korea Selatan dilanda gelombang haba sejak akhir musim monsun minggu lalu, dengan suhu di banyak bahagian negara itu melebihi 35 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini