Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.
Sebanyak 19 kawasan pentadbiran peringkat provinsi mencatatkan suhu tertinggi pada tahun lepas, termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, Henan dan Shaanxi. Purata hujan di seluruh negara mencecah 697.7 mm pada 2024, iaitu sembilan peratus lebih tinggi daripada purata tahunan.
-- BERNAMA