SHAH ALAM: Paras empangan dan sungai di Selangor masih terkawal dengan jumlah hujan yang diterima setakat ini adalah mencukupi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim.
"Setakat ini paras empangan, simpanan air di luar sungai kita masih penuh selain sungai juga masih terurus, jadi tiada isu (bekalan air) di Selangor)," katanya pada media selepas hadir ke Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang, di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai untuk berjimat cermat dalam penggunaan air memandangkan rakyat Selangor menggunakan jumlah air yang lebih tinggi sebanyak 220 liter sehari berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 170 liter.
Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan semua negeri di Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan hingga Ogos susulan musim peralihan monsun.
Dalam perkembangan lain, Izham berkata kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di Batang Kali-Genting Highlands dijangka siap pada pertengahan tahun depan.
"Kita siapkan dulu tembok atau dinding penahan dan teknologi diguna pakai adalah sesuai dengan kawasan itu yang sempit dan bertahan lebih baik.
"Kontraktor pun telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja (cerun) itu termasuk jalan. Perlukan masa 10 bulan dan dijangka pertengahan tahun depan sudah boleh digunakan jalan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Paras empangan dan sungai di Selangor masih terkawal dengan jumlah hujan yang diterima setakat ini adalah mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Paras air empangan meningkat namun belum capai 'tahap selamat' - PBAPP
Kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di sini menunjukkan peningkatan ketara susulan hujan lebat sejak awal bulan ini namun belum mencapai 'tahap selamat'.
PBAPP minta bantuan SPAN laksana pembenihan awan di Empangan Air Itam
Sehingga pagi Khamis, kapasiti Empangan Air Itam menunjukkan 32.8 peratus berbanding 85.1 peratus bagi Empangan Teluk Bahang dan 90 peratus bagi Empangan Mengkuang.
Pembekalan air bersih di Kedah seperti biasa - SPAN
Situasi pembekalan air bersih di Kedah secara amnya masih beroperasi seperti biasa, kata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini.
El Nino: Paras empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang tunjuk penurunan
Enam empangan air yang terletak di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah ketika ini.
Cuaca panas: Paras empangan, sungai di Selangor masih terkawal
Paras empangan dan sungai di Selangor masih terkawal dengan jumlah hujan yang diterima setakat ini adalah mencukupi.
Paras empangan seluruh negara masih baik - Tuan Ibrahim
Paras air di empangan seluruh negara ketika ini masih berada pada tahap 'selesa', meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas.
Air di empangan air Selangor mencukupi hadapi musim kemarau
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberi jaminan bekalan air di negeri Selangor mencukupi bagi menghadapi musim kemarau tahun ini.