GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) meminta bantuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan di Empangan Air Itam dan Loji Rawatan Air (WTP) Air Itam dengan segera.
Sehingga pagi Khamis, kapasiti Empangan Air Itam menunjukkan 32.8 peratus berbanding 85.1 peratus bagi Empangan Teluk Bahang dan 90 peratus bagi Empangan Mengkuang.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, pihaknya telah menulis surat kepada SPAN untuk bantuan segera itu pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, menerusi surat berkenaan, PBAPP meminta Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman membantu dalam merancang dan melaksanakan operasi pembenihan awan pada Mac ini (musim antara monsun) bagi menyokong usaha PBAPP untuk meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam.
"Kami telah menyatakan bahawa operasi pembenihan awan adalah penting bagi PBAPP untuk mengekalkan perkhidmatan bekalan air berterusan di Air Itam. Ia bagi memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna air termasuk pengguna domestik dan bukan domestik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, PBAPP mengesahkan penurunan kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus adalah berpunca daripada musim panas dan kering ketika ini.
Penyusutan itu juga berlaku disebabkan air dari empangan tersebut turut digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau selepas paip bawah air di dasar Sungai Perai pecah, awal bulan ini.
Pathmanathan menambah, PBAPP juga memaklumkan SPAN bahawa operasi pembenihan awan pada Mei dan Jun tahun lalu telah menyumbang kepada jumlah hujan sebanyak 30.5 milimeter (mm) di kawasan tadahan Empangan Air Itam dan LRA Air Itam.
"Hujan telah membantu memastikan tiada krisis air di Air Itam pada tahun lalu. PBAPP sedang menunggu maklumbalas SPAN untuk memulakan perbincangan awal berhubung cadangan operasi pembenihan awan," katanya lagi.
Jelas beliau, PBAPP akan mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Pulau Pinang pada minggu ini untuk melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024).
"Seperti yang dimaklumkan pada Jumaat lalu, di bawah AIDAP 2024, PBAPP mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam secara beransur-ansur dengan melaksanakan beberapa tindakan.
"Antaranya mengurangkan pelepasan air dari empangan daripada aliran masuk purata air mentah ke dalam empangan setiap hari.
"Purata aliran masuk ke empangan ialah 15 juta liter sehari (JLH). PBAPP hanya akan melepaskan 11 JLH untuk disalurkan kepada LRA Air Itam," katanya.
Selain itu Pathmanathan berkata, PBAPP akan mengekalkan aliran masuk sebanyak 6 JLH daripada Muka Sauk Utama dan Muka Sauk Tat ke LRA Air Itam.
"Kita juga akan mengepam 33 JLH air terawat ke dalam kawasan perkhidmatan LRA Air Itam dari Rumah Pam Padang Brown.
"Air terawat datangnya dari LRA Sungai Dua di Seberang Perai," jelasnya.
Tambah beliau, kejayaan AIDAP 2024 bergantung kepada beberapa faktor iaitu aliran masuk harian sebanyak 15 JLH air mentah ke dalam Empangan Air Itam dari Masuk Balik Pulau, Masuk Aliran Sisi dan Masuk Sungai Pinang Barat.
"Selain itu, ia juga bergantung kepada aliran masuk harian sebanyak 6 JLH air mentah ke LRA Air Itam dari Muka Sauk Utama dan Muka Sauk Tat.
"Oleh yang demikian, PBAPP memohon bantuan kerajaan Persekutuan untuk menjalankan operasi pembenihan awan bagi mendorong hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan air untuk lima muka sauk yang terlibat.
"Sementara itu, PBAPP juga merancang untuk mendapatkan pengesahan daripadaKerajaan Pulau Pinang pada minggu ini untuk memulakan AIDAP 2024," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024

Kapasiti Empangan Air Itam menunjukkan 32.8 peratus berbanding 85.1 peratus bagi Empangan Teluk Bahang dan 90 peratus bagi Empangan Mengkuang. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PBAPP minta bantuan SPAN laksana pembenihan awan di Empangan Air Itam
Sehingga pagi Khamis, kapasiti Empangan Air Itam menunjukkan 32.8 peratus berbanding 85.1 peratus bagi Empangan Teluk Bahang dan 90 peratus bagi Empangan Mengkuang.

Jokowi 'turun padang' periksa kawasan kebakaran hutan di Riau
Ia berikutan negara-negara Asia Tenggara meminta kerajaan Indonesia bertindak melakukan sesuatu bagi menangani masalah jerebu yang sedang teruk melanda ketika ini.

Pembenihan awan di Selangor dijangka Ahad atau Isnin ini - KP MetMalaysia
Operasi pembenihan awan bagi mengurangkan kesan jerebu di Selangor dijangka dilakukan pada Ahad atau Isnin ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.