Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberi jaminan bekalan air di negeri Selangor mencukupi bagi menghadapi musim kemarau tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata ini kerana kesemua lapan empangan yang diuruskan pihaknya berada pada tahap memuaskan iaitu dengan keadaan paras air pada sekitar 98 hingga ke 100 peratus.
"Pihak Air Selangor telah membuat persiapan bagi menghadapi musim kemarau ini sejak akhir tahun lepas lagi, oleh itu pengguna tidak perlu gusar.
"Setakat semalam (Jumaat) pula, catatan paras air di kesemua empangan ini melebihi 98 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasikan kempen Jom e-Bil Air Selangor di sini, pada Sabtu.
BACA: Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal
Lapan empangan terbabit ialah Empangan Sungai Langat, Empangan Sungai Semenyih, Empangan Klang Gates, Empangan Tasik Subang, Empangan ORS (kolam takungan) Sungai Labu, Empangan Sungai Batu, Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi Suhaimi berkata pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan pembaziran air meskipun jaminan bekalan air mencukupi, sebaliknya mereka perlu bersama-sama bertanggungjawab menjimatkan penggunaan air.
"Adalah disarankan (kepada pengguna) untuk mandi pada kadar lima minit maksimum atau tidak membuka paip secara berterusan sewaktu memberus gigi bagi menjimatkan penggunaan air," kata Suhaimi.
Menjelaskan mengenai aplikasi e-Bill Air Selangor, beliau berkata pengguna boleh melayari portal update.airselangor.com, ataupun boleh memuat turun aplikasi itu di App Store atau Google Play Store serta klik 'setuju' untuk mendapatkan bil air mereka secara dalam talian.
"Kita sasarkan 600,000 pengguna yang berdaftar dengan e-Bill untuk tiga bulan kehadapan. Setakat ini kita baru ada lebih kurang 450,000 pengguna yang berdaftar," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 18 2020
Empangan Semenyih dibina di antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. - Gambar fail
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.
Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.