KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Abas Abdullah berkata peningkatan tersebut adalah hasil daripada pelbagai pendapatan operasi Air Selangor.
Katanya Air Selangor akan terus melabur dalam pengurusan dan pentadbiran bekalan air dalam jangka masa panjang untuk 9.3 juta penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila pelarasan tarif yang sesuai dan holistik dapat memastikan peningkatan kualiti perkhidmatan secara berterusan.
"Air Selangor mencatatkan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM0.56 bilion pada 2023 berbanding RM2.68 bilion pada 2022, yang sebahagian besar telah dibelanjakan untuk projek Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 1 pada 2022 (RM1.97 bilion).
"Selepas dilaraskan bagi tahun 2023, terdapat peningkatan sebanyak 18.8 peratus dalam CAPEX berbanding RM467.99 juta pada 2022 (tidak termasuk Rasau)," katanya pada sidang media sempena terbitan Laporan Kelestarian 2023 Air Selangor hari ini.
Abas berkata sehingga 31 Dis tahun lepas, Air Selangor telah melaksanakan enam penerbitan Sukuk Kelestarian, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.13 bilion sejak penerbitan pertama pada 29 Okt 2021.
Beliau berkata Sukuk Kelestarian diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek berkaitan bekalan air, pengurusan air lestari dan inisiatif tenaga boleh baharu.
"Ini termasuk pembangunan kemudahan rawatan air baharu, penyenggaraan kemudahan sedia ada, program penggantian paip dan projek Tenaga Boleh Baharu untuk Air (RENEW)," katanya.
Laporan Kelestarian 2023 yang diterbitkan hari ini menggariskan inisiatif dan rekod pencapaian Air Selangor bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2023 serta komitmen dalam mengukuhkan jaminan sekuriti air di peringkat serantau dan tempatan melalui amalan kelestarian dan kecekapan operasi.
Abas berkata usaha tersebut selaras dengan aspirasi Air Selangor untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Abas Abdullah berkata peningkatan tersebut adalah hasil daripada pelbagai pendapatan operasi Air Selangor. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.

Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.

Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.

Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.

Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.

7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.