KOTA KINABALU: Cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan mengakibatkan seorang wanita maut akibat dihempap pokok di Papar manakala air pasang melimpah ke Jalan Tun Fuad Stephen di sini petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata mangsa, Katizah Juani, 55, meninggal dunia dihempap sebatang pokok ara tumbang yang turut menghempap tiga rumah di Kampung Laut Kinarut.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 3 petang dan pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai bagi mengeluarkan Katizah.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 5.29 petang selepas bomba memastikan keadaan di lokasi selamat," katanya yang dihubungi pemberita semalam.
Sementara itu, Misran berkata pertembungan air pasang dengan hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Tanjung Lipat di sini termasuk Jalan Tun Fuad Stephen yang terletak di tepi pantai, yang merupakan antara jalan utama di bandar raya ini.
Beliau berkata jalan tersebut ketika ini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan menasihatkan pengguna supaya melalui jalan alternatif.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan bencana banjir di kawasan tersebut pada 4.15 petang tadi. Hujan mula reda namun paras air masih setengah kaki (0.15 meter) dari paras jalan raya. Keadaan trafik pada masa ini adalah perlahan," katanya.
Misran berkata terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam parit di jalan itu dan didapati mangsa telah keluar sendiri dari kenderaan itu dengan dibantu orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
"Mangsa dilaporkan selamat dan pemeriksaan di kawasan kenderaan turut dijalankan bagi memastikan keadaan selamat," katanya.
Terdahulu tular menerusi media sosial air laut melimpah ke Jalan Tun Fuad Stephen dan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas ke dalam parit akibat banjir kilat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Sabah
AWANI Pagi: Kenapa remaja perempuan lebih mudah murung?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Hanisa Begam Najib Mohammad,Pakar Psikologi Klinikal, yang akan mengupas mengapa remaja perempuan dua kali ganda lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki, faktor penyumbang, serta solusi untuk menangani isu ini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar penyertaan 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews

RUU PSB: Kos sara hidup pemilik hartanah dijangka meningkat mendadak
Melalui pindaan itu, projek pembangunan yang sebelum ini di bawah pembiayaan kerajaan dan sektor swasta kini diambil alih sepenuhnya pihak pemaju.

LRT3 dijadual mula beroperasi pada 30 September 2025
Ujian pengoperasian tren tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

Pelajar Tingkatan 5 dalam perjalanan ke sekolah maut dihempap pokok tumbang
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Charuk Sireh, di sini pada Selasa.

Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.

Cuaca buruk: Wanita maut dihempap pokok, air laut melimpah di Sabah
Katizah Juani meninggal dunia dihempap sebatang pokok ara tumbang yang turut menghempap tiga rumah di Kampung Laut Kinarut.

"Damailah kau di sana perwiraku" - Isteri anggota tentera maut dihempap pokok
Menurutnya dia sekeluarga reda dengan pemergian suaminya itu kerana kematiannya ketika menjalankan tugas dan jatuh pula pada Hari Raya Aidiladha.

Wanita maut, kenderaan remuk dihempap pokok dalam hujan lebat di pintu utama UM
Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang
Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang melanda negeri Kedah pagi ini.

Seorang maut, tiga cedera dihempap pokok tumbang di Shah Alam
Lim Tat Thuan, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian tulang rusuk, pinggang dan dada.