Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang ketika dia dan tiga rakannya berteduh di sebuah pondok di kelab golf, Seksyen U1, Shah Alam petang Ahad.
Pokok itu tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang.
Lim Tat Thuan, 68, beralamat di Subang Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian tulang rusuk, pinggang dan dada.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik Mohd Firdaus Zainudin berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 5.30 petang dan mengerahkan tujuh anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Mangsa dapat dikeluarkan dalam masa 15 minit selepas pokok yang menghempapnya dialihkan dengan menggunakan forklift," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya, tiga rakannya yang terdiri daripada lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga Korea Selatan hanya cedera ringan.
"Mereka berempat berteduh di dalam pondok itu selepas bermain golf.
"Pada waktu itu, berlaku angin kencang dan hujan lebat sebelum sebatang pokok berhampiran tumbang dan menghempap pondok berkenaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Klang untuk bedah siasat.
Bernama
Sun Feb 28 2016

dan tiga rakannya berteduh di sebuah pondok di kelab golf, Seksyen U1, Shah Alam sewaktu hujan lebat dan angin kencang. - Gambar hiasan
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan
Perkhidmatan baharu Alexa boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.
Belasungkawa: Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan
Jenayah Hud Aryan yang hilang sebelum ditemukan maut di Sungai Kampung Kerila, selamat dikebumikan pada 1.50 pagi, Khamis.

Doktor ditahan, disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita
Polis menahan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya, semalam.
Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hamas serah empat mayat tebusan, tahanan Palestin dibebaskan
Hamas telah menyerahkan mayat empat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada pertukaran terakhir dalam gencatan senjata yang rapuh di Gaza.
Akibat cinta ditolak, lelaki serang ugut bunuh wanita
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Kemajuan Afrika perangi malaria terjejas
Duma Boko menegaskan, kemajuan positif Afrika dalam memerangi penyakit itu terjejas akibat pelbagai faktor, termasuk kekurangan dana.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.