KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri hingga pukul 5 petang ini.


Ringkasan AI
  • Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.
  • Amaran ini melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta banyak kawasan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia, media sosial, dan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, kawasan terlibat di Selangor terdiri daripada sekitar Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Kedah ia melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Turut terlibat ialah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman).

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

Sementara itu di Sabah melibatkan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-- BERNAMA