IPOH: Pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat dekat sini yang dipercayai menjadi mangsa buli senior Tingkatan Lima, mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa yang berusia 15 tahun itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) susulan mengalami kecederaan tisu lembut selepas dipukul pelajar senior terbabit.
“Sehingga kini, polis telah merakamkan percakapan tiga orang saksi iaitu pengetua sekolah dan pelajar lain untuk membantu siasatan kes ini.
“Kertas siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (dengan sengaja menyebabkan cedera) itu akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, kata Yahaya, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya telah dibuli oleh seorang pelajar berusia 17 tahun di asrama sekolah berkenaan.
Katanya berdasarkan siasatan awal, kejadian buli berkenaan telah berlaku beberapa kali.
“Mangsa berasal dari Kuala Lumpur, manakala pelajar yang membuli mangsa telah dikenal pasti berasal dari Ipoh.
“Pelajar senior terbabit masih bersekolah namun telah diarahkan pihak sekolah supaya tidak menetap di asrama sementara menunggu siasatan dalaman pihak sekolah,” katanya lagi.
Media siang tadi melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mengesahkan berlaku kejadian buli membabitkan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di Gunung Rapat pada Isnin lalu.
Katanya kejadian berkenaan melibatkan mangsa iaitu pelajar Tingkatan Tiga dengan pelajar Tingkatan Lima yang mana kedua-dua mereka merupakan atlet sepak takraw.
Menurutnya berdasarkan maklumat awal, mangsa telah ditendang dan dipijak oleh pelajar senior terbabit sehingga mendatangkan kecederaan.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 26 2023
![Buli: Pelajar Tingkatan Tiga cedera pada kiri muka - Polis Buli: Pelajar Tingkatan Tiga cedera pada kiri muka - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690374366_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis telah menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya telah dibuli oleh seorang pelajar berusia 17 tahun di asrama sekolah berkenaan. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719392435_tbkesbuli.jpg)
Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco
Kes itu selesai selepas kedua-dua pihak bersepakat dan mangsa telah menarik semula laporan polis yang dibuat Selasa lalu.
![Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719392435_tbkesbuli.jpg)
Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja
Seramai tujuh individu telah diambil keterangan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.
![Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607407_gaduh.jpg)
Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman
SEORANG pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah terbabit.
![Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713517988_TBkanakkanakgadu.jpg)
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
![Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708400247_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
![KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711723153_FadhlinaSidek.jpg)
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
![Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711694015_TBPELAJARBUNUH.jpg)
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
![KPM siasat kes buli pelajar sekolah KPM siasat kes buli pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704553048_kesbuli.jpg)
KPM siasat kes buli pelajar sekolah
KPM menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah.
![Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700893832_TBHUI.jpg)
Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.
![KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702129291_kesbuli.jpg)
KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.