Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Media, sebelum ini melaporkan, satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.
Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.