KOTA TINGGI: Bot yang karam di Tanjung Balau di sini semalam dipercayai sepatutnya mendaratkan kesemua penumpang warga Indonesia di Kampung Tengah, di sini, dan mengambil sekumpulan warga Indonesia lain untuk pulang ke republik berkenaan.
Bagaimanapun, bot berkenaan yang difahamkan berlepas dari Batam, Indonesia pada kira-kira 11 malam itu dipercayai 'bertukar haluan' menuju ke arah Pantai Tanjung Balau, yang terletak dua hingga tiga kilometer dari lokasi asal.
Mendedahkan perkara itu, Pegawai Memerintah Rejimen Ketujuh Artileri Diraja Lt Kol Mohamed Ridzal Radzuan berkata bot berkenaan yang dipercayai dikendalikan sebuah sindiket, telah bertindak menukar lokasi pendaratan apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
Terdahulu, pasukannnya telah mengesan sebuah bot yang kelihatan mencurigakan berdekatan Kampung Tengah dan menjejaki sekumpulan pendatang tanpa izin sedang bersembunyi di dalam semak di kampung itu.
"Siasatan awal mendapati mereka (sindiket) mahu menurunkan penumpang di pantai Tanjung Balau, tetapi ombak yang terlalu besar menyebabkan bot terbalik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tanjung Sepang, di sini semalam.
BACA: 11 PATI mangsa bot karam lemas, 14 selamat, 25 masih hilang
Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja, yang kini menjaga persisiran pantai barat Johor sepanjang 210 kilometer itu, adalah pasukan terawal mengesan kehadiran bot berkenaan.
"Sepanjang saya dan pasukan menjalankan operasi di sini, keadaan cuaca tak berapa baik dan ombak besar berikutan Monsun Timur Laut.
"Bila keadaan laut begini, dan mereka (sindiket) tahu pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan di persisir pantai..kebanyakan tekong-tekong ini akan lepaskan penumpang mereka di tengah laut untuk menyelamatkan diri mereka (sindiket)," katanya.
Beliau berkata bot yang karam itu merupakan bot berkuasa tinggi dan mempunyai empat enjin dengan 200 kuasa kuda setiap satu.
"Bot besar memang jadi pilihan sindiket terutama melalui kawasan berombak besar seperti ini," katanya.
Selain itu, hasil siasatan awal terhadap pendatang tanpa izin yang ditahan, kebanyakan mereka bukan pertama kali datang ke negara ini, malah sudah acap kali berulang-alik bagi mencari rezeki.
Mohamed Ridzal berkata sindiket itu turut disifatkan 'hati kering' kerana menurunkan penumpang di tengah laut dengan pendatang tanpa izin itu rata-ratanya tidak mengetahui nasib mereka sebelum masuk ke dalam negara dan risiko yang perlu dihadapi apabila mengikuti laluan yang tidak sah dan berbahaya.
Beliau berkata cabaran bagi pihak ATM adalah untuk memastikan keselamatan kawasan tanggungjawab (KTJ) kekal terpelihara meskipun mempunyai kekangan dengan KTJ sepanjang 210 kilometer hanya terdapat 25 pos pemerhati selain kekurangan anggota dan pegawai.
Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya juga sering menukar modus operandi dan taktik bagi mengatasi cabaran berkenaan dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara terjaga.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi penguat kuasa lain menerusi Ops Benteng seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pihak berkuasa tempatan juga diteruskan dan sentiasa diperhebat.
Sejak 19 Nov hingga semalam, Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja menerusi Ops Benteng telah menahan seramai 144 pendatang tanpa izin selain menemukan 15 mayat pendatang.
Dalam kejadian 4.30 pagi semalam, sebuah bot yang membawa 50 warga Indonesia karam dengan 11 terkorban, 14 terselamat manakala 25 lagi masih hilang.
Selain itu, seramai lapan orang pendatang tanpa izin turut ditahan, dipercayai mahu menggunakan bot yang sama untuk pulang ke negara mereka.
Buat masa ini, 14 yang terselamat dan lapan yang ditahan ditempatkan di Pos Tanjung Sepang untuk ujian calitan COVID-19 dan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Bot itu dipercayai 'bertukar haluan' menuju ke arah Pantai Tanjung Balau yang terletak dua hingga tiga kilometer dari lokasi asal. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.

Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.

Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.

Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.

'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.