Bilangan kuota haji untuk seluruh negara termasuk Malaysia kemungkinan bertambah tahun depan sekiranya pembangunan dan naik taraf infrastruktur sekitar Masjidil Haram siap sebelum penghujung tahun 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan Arab Saudi juga bersedia untuk meningkatkan kuota haji dengan melihat pembesaran kawasan menunaikan ibadah haji di sekitar Masjidil Haram.
Jamil berkata demikian pada sidang akhbar selepas sekembalinya dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Malaysia akan terus membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi berhubung kemasukan jemaah ke Mekah.
Ia akibat pengurangan kuota 20 peratus kemasukan jemaah Haji dari Malaysia.
Azeez menjelaskan, perkara itu dapat diselesaikan secara baik memandangkan Malaysia mempunyai reputasi dan rekod yang baik sepanjang proses pengurusan jemaah Haji.
Kuota jemaah haji Malaysia tahun lepas dikurangkan kepada 22,400 berbanding 28,000 pada tahun sebelumnya.
Lembaga Tabung Haji menjelaskan pengurangan kuota itu dibuat berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi.
Sehingga kini, lebih 1 juta orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji berikutan pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.
Hans Yusoff
Wed Oct 08 2014
JAMIL: Bilangan kuota haji mungkin ditambah tahun depan - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
COO TH ditangkap, dijangka dihadap ke mahkamah pagi ini
Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka ke mahkamah pagi hari ini
Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin
TH diminta membuat perancangan untuk membangunkan tanah-tanah sedia ada milik mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan - Azeez
Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.
Buat umrah dahulu, tempoh menunggu kini 65 tahun untuk ibadah haji - Abdul Azeez
Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Isu etnik: Teresa Kok sudah tidak ada kerja ke? - Abdul Azeez
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disifatkan sudah tidak ada kerja lain selain 'menyibuk' tentang etnik dan keturunan orang lain pada catatan di laman sosial Facebook miliknya.
Jemaah haji bebas jangkitan MERS-CoV dan Ebola - Abdul Azeez
Tabung Haji memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola dikesan dalam kalangan jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Malaysia menang kerusi wakil tidak tetap UNSC
Malaysia memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)bagi tempoh 2015-2016.
Bilangan kuota haji mungkin ditambah tahun depan - Jamil
Bilangan kuota haji untuk seluruh negara termasuk Malaysia kemungkinan bertambah tahun depan sekiranya pembangunan dan naik taraf infrastruktur sekitar Masjidil Haram siap sebelum penghujung 2015.
Malaysia terus beri sokongan kepada Palestin - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sejak sekian lama telah menyatakan pendirian jelas mengutuk segala bentuk kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Misi bantuan kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO ke Gaza Ogos
Kumpulan pertama yang berlepas pada 6 Ogos terdiri daripada lapan individu dan diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Farid Hassan.