Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) membidas pembangkang dengan menjelaskan tujuan pembelian bagi memastikan keselamatan pemimpin negara terjamin semasa menjalankan lawatan di dalam atau di luar negara.
"Pesawat itu bukannya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ianya milik penuh kerajaan. Perolehan itu juga mengambil kira aspek keselamatan," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata perolehan pesawat baharu itu dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan pesawat sedia ada iaitu pesawat jenis AC319 yang berusia hampir 20 tahun.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) sebelum ini mendakwa Perdana Menteri telah membeli sebuah jet peribadi baharu namun Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan balas mengenai isu berkata bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
JPM berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun dan pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) menyarankan kepada kerajaan Negeri Kelantan agar menghentikan pengeluaran lesen bagi projek tanaman di kawasan pedalaman.
Beliau berkata langkah itu bagi mengelakkan kejadian banjir berlumpur berulang seperti tahun lepas setelah tanah di kawasan tadahan hujan yang diterokai di pedalaman lalu dibawa air menyebabkan berlakunya banjir berlumpur turun ke kawasan hilir.
"Akibat banjir berlumpur itu Kelantan mengalami kerugian hampir RM1 bilion," katanya.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
Bernama
Fri Mar 20 2015
AZEEZ: Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan - Gambar fail
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan - Azeez
Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.