Menurut sumber, sebab beliau ditangkap dipercayai berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di rumahnya.
TH pada 30 November lalu, membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan untuk salah nyata dalam perjanjian korporat.
TH membuat dua laporan terhadap bekas pemegang jawatan, iaitu bekas ketua pegawai eksekutif Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, ketua pegawai eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah, ketua pegawai kewangan Datuk Rozaida Omar, penasihat undang-undang Hazlina Mohd Khalid dan pengurus besar kanan bagi perkhidmatan korporat dan hartanah Rifina Md Ariff.
[TONTON] Video mengisahkan mengapa Tabung Haji sedang dilanda kontroversi