PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi Tabung Haji itu dilepas dan dibebaskan daripada baki empat tuduhan pengubahan wang haram.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez tidak cacat.
Keputusan sebulat suara itu yang dibacakan oleh Hakim Abu Bakar turut memerintahkan perbicaraan kes Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diteruskan bagi sembilan pertuduhan itu pada 7 September ini.
Abu Bakar berkata, alasan pembelaan bahawa semua tuduhan itu adalah cacat, tidak sah, tidak berasas dan berniat jahat adalah tidak benar.
"Kita melepas dan membebaskan Azeez atas tuduhan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
"Tuduhan terbabit mengatakan kesalahan di Lembah Klang, ia bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi termasuk Selangor. Oleh kerana tempat kejadian tidak dijelaskan dengan tepat ini mengelirukan perayu dan membuatkan perayu tidak dapat membuat persediaan mencukupi untuk membela diri," katanya ketika membacakan keputusannya di sini pada Isnin.
Abu Bakar turut mempertikaikan kewajaran pihak pendakwaan gagal menyatakan tempat kejadian dengan jelas dalam empat pertuduhan itu di mana ia menimbulkan tanda tanya yang serius sedangkan pertuduhan-pertuduhan lain boleh dinyatakan dengan terperinci.
Terdahulu pada awal prosiding, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez berkata, pasukan pembelaan mahu mengetahui perkembangan empat surat representasi kes mengenai fakta dan bukti baharu yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, surat tersebut masih belum dibalas pihak berkaitan.
"Pembelaan ada menjelaskan mengenai deklarasi daripada saksi penting mengenai misi kemanusiaan disertai mereka bersama Abdul Azeez yang berkaitan dengan pertuduhan itu," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad yang mengesahkan menerima representasi berkenaan dan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Jumaat lalu, memberitahu, beliau tidak mendapat arahan untuk menjawab representasi itu.
"Kertas siasatan dan minit diangkat kepada Peguam Negara. (Namun) Saya dimaklumkan tiada arahan untuk menjawab representasi itu," katanya.
Pada 26 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan kali ketiga keputusan rayuan itu, selepas pembelaan memaklumkan Abdul Azeez tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Amer Hamzah dilaporkan berkata, anak guamnya mengalami gastrik dan pihaknya akan mengemukakan cuti sakit kepada mahkamah bagi mengesahkan perkara itu.
Susulan itu, Kamaludin tidak mempertikai tahap kesihatan Ahli Parlimen Baling itu, namun, berharap proses mahkamah tidak disalah guna.
Sebelum ini, keputusan di Mahkamah Rayuan ditangguhkan dua kali kerana pembelaan memohon ruang dan masa bagi menghantar representasi kepada Pejabat Peguam Negara susulan penemuan bukti baharu kes itu.
Pada 12 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Abdul Azeez bagi membatalkan kes sama.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez tidak cacat.
Sebelum ini, Abdul Azeez menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Astro Awani
Mon Sep 05 2022

Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan Abdul Azeez (tengah) untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya. - Gambar fail BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.