Misi bantuan kemanusiaan biro kebajikan UMNO yang sertai 65 orang termasuk doktor pakar, paramedik dan sukarelawan dijangka berlepas ke Gaza pada 6 dan 12 Ogos ini.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kumpulan pertama yang berlepas pada 6 Ogos terdiri daripada lapan individu dan diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Farid Hassan.
"Kumpulan kedua misi terdiri daripada 57 peserta dijangka berlepas pada 12 Ogos dan diketuai saya," katanya dalam sidang media misi bantuan itu di sini.
Beliau berkata semua perancangan misi kali ini masih bergantung kepada keadaan di Gaza dan kesediaan Mesir membuka laluan masuk ke wilayah itu.
"Saya selaku ketua misi mengingatkan pasukan yang terlibat untuk tidak bergerak sendiri dan perlu memasuki negara itu melalui laluan yang ditetapkan sahaja bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
"Ia juga bagi memudahkan pihak Wisma Putra memantau pergerakan kami selain menyusun atur perjalanan masuk dan keluar dari Gaza," katanya.
Abdul Azeez berkata doktor yang menyertai misi kali ini terdiri daripada pakar ortopedik, pediatrik dan dua pakar sakit puan yang akan ditempatkan di empat hospital di Gaza.
Antara sumbangan yang akan disalurkan misi itu kepada penduduk Gaza ialah 10,000 pek makanan dan minuman bernilai RM50,000 sumbangan Nestle Berhad dan ubat serta tongkat bernilai RM46,000 dari Saha Technology (M) Sdn Bhd.
Turut memberi sumbangan ialah Mah Sing Group Foundation yang menyalurkan RM300,000, katanya.
Beliau juga berkata anggota misi itu dijangka pulang ke tanah air pada 16 Ogos.
Bernama
Tue Jul 22 2014
Misi bantuan kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO ke Gaza Ogos - Gambar fail
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
COO TH ditangkap, dijangka dihadap ke mahkamah pagi ini
Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka ke mahkamah pagi hari ini
Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin
TH diminta membuat perancangan untuk membangunkan tanah-tanah sedia ada milik mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan - Azeez
Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.
Buat umrah dahulu, tempoh menunggu kini 65 tahun untuk ibadah haji - Abdul Azeez
Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Isu etnik: Teresa Kok sudah tidak ada kerja ke? - Abdul Azeez
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disifatkan sudah tidak ada kerja lain selain 'menyibuk' tentang etnik dan keturunan orang lain pada catatan di laman sosial Facebook miliknya.
Jemaah haji bebas jangkitan MERS-CoV dan Ebola - Abdul Azeez
Tabung Haji memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola dikesan dalam kalangan jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Malaysia menang kerusi wakil tidak tetap UNSC
Malaysia memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)bagi tempoh 2015-2016.
Bilangan kuota haji mungkin ditambah tahun depan - Jamil
Bilangan kuota haji untuk seluruh negara termasuk Malaysia kemungkinan bertambah tahun depan sekiranya pembangunan dan naik taraf infrastruktur sekitar Masjidil Haram siap sebelum penghujung 2015.
Malaysia terus beri sokongan kepada Palestin - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sejak sekian lama telah menyatakan pendirian jelas mengutuk segala bentuk kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Misi bantuan kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO ke Gaza Ogos
Kumpulan pertama yang berlepas pada 6 Ogos terdiri daripada lapan individu dan diketuai Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Farid Hassan.