Seekor beruang matahari yang dikurung di sebuah kediaman di Demak Laut, Kuching, berjaya diselamatkan oleh pasukan penguatkuasaan Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Rabu.
Ia berikutan aduan orang awam yang memuat naik foto haiwan terlindung itu di media sosial baru-baru ini.
SFC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa pemeriksaan dijalankan di premis pemilik, walaupun lesen untuk memelihara beruang matahari telah dikeluarkan oleh Pengawal Kehidupan Liar, Jabatan Hutan Sarawak (FDS).
Bagaimanapun pemilik didapati telah melanggar syarat-syarat tertentu lesen tersebut.
Susulan itu, Swift Wildlife Action Team (SWAT) telah dihantar untuk menyelamatkan mamalia berkenaan dan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang untuk pemeriksaan perubatan dan pemulihan.
BACA: Beruang matahari dipelihara dalam kurungan undang pelbagai reaksi
Beruang matahari dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak, 1998, di mana membunuh, memelihara, menjual, membeli haiwan atau derivatifnya adalah dilarang oleh undang-undang dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjarakan selama satu tahun dan didenda RM10,000.
Ketua Pegawai Eksekutif SFCSB, Zolkipli Mohamad Aton turut mengingatkan sesiapa yang menjaga haiwan yang dilindungi sepenuhnya atau dilindungi secara haram mesti menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebelum tindakan diambil terhadap mereka.
SFC turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang telah membantu pihak berkuasa membanteras perdagangan hidupan liar serta pembalakan haram di Sarawak.
Rohana Wahed
Wed Sep 25 2019

Foto haiwan ini yang dikurung dalam sangkar besi telah dirakam oleh seorang individu yang kemudiannya memuatkan video berkenaan itu di media sosial. - Sumber foto: SFC

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari jantan sesat
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan, Jertih.

Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.

Perhilitan tangkap beruang matahari betina berkeliaran di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina yang berkeliaran di sekitar kebun di Kampung Sungai Satan, Jeli semalam.

Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.

Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.

Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.

Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.

Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.

Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.

Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N