KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan dilakukan susulan aduan diterima pihaknya pada Sabtu lepas tentang haiwan terbabit yang berkeliaran di sekitar kebun di kampung itu.
"Anggota Pejabat Perhilitan Daerah Jeli telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan memasang satu unit perangkap. Seekor beruang matahari betina memasuki perangkap itu hari ini.
"Tangkapan itu sedikit sebanyak melegakan penduduk dan mengelakkan kerugian berterusan yang dialami mereka akibat kemusnahan tanaman serta harta benda," katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohamad Hafid operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagi mengurangkan kes konflik melibatkan beruang, penduduk khususnya pekebun dinasihatkan supaya mengambil langkah mitigasi seperti sentiasa berteman semasa ke kebun, tidak memasuki kawasan kebun pada waktu malam, membersihkan kebun serta memasang lampu di sekeliling rumah pada waktu malam.
"Orang ramai juga disaran lebih berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perhilitan tangkap tiga gajah liar di Kuala Balah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap tiga gajah liar yang berkeliaran di Kampung Kuala Balah, Jeli, semalam.

Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.

Perhilitan Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata bangkai haiwan liar itu, ditemukan penduduk kampung ketika melalui kawasan sungai berkenaan.

Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.

Kerap jumpa kesan tapak kaki harimau
Mereka kini perlu lebih berhati-hati malah lembing dan parang menjadi 'teman' utama apabila melakukan aktiviti di dalam hutan.

Tapir seberat 200kg diselamatkan di Kuala Krai
Aduan orang awam diterima mengenai haiwan itu yang ditemukan terperangkap di dalam lubang di kawasan kebun di Kesedar Baru Chenulang.