JERTIH: Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Mohd Azmi Nazir, 43, berkata dia mendapati beruang bersaiz besar dengan kuku yang panjang itu berada di belakang rumahnya pada pukul 10.30 malam sebaik dia pulang dari rumah ibunya yang terletak di kampung sama.
"Sebaik saya sampai di rumah dengan menaiki kereta bersama isteri dan dua anak saya yang berusia setahun dan tiga tahun, saya terdengar bunyi sesuatu di stor belakang rumah. Saya terkejut sebaik menyuluh ke arah stor tersebut, saya nampak dengan jelas seekor beruang berkuku panjang sedang menyelongkar tong berisi makanan kucing yang disimpan di situ.
"Beruang tersebut tidak menghiraukan saya sebaliknya ia terus makan makanan kucing tersebut sehingga habis," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya hari ini.
Beliau berkata sebaik sahaja melihat kelibat beruang dewasa itu dia terus meluru masuk ke dalam rumah kerana bimbang keselamatan diri.
Mohd Azmi berkata dia kemudiannya hanya memerhatikan beruang itu melalui tingkap rumah sebelum haiwan itu dilihat meninggalkan kawasan rumahnya kira-kira sepuluh minit kemudian.
"Beruang itu seolah-olah tidak takut kepada manusia dan ia berjalan perlahan sahaja keluar ke atas jalan di depan rumah saya walaupun ia menyedari kehadiran saya.
"Haiwan itu bukan melarikan diri memasuki semak berhampiran sebaliknya menghala ke arah rumah penduduk lain dan saya segera menghubungi jiran-jiran pada malam itu agar berwaspada," katanya.
Mohd Azmi berkata melihat kemunculan haiwan buas di kawasan rumah penduduk adalah pengalaman pertamanya sejak tinggal di kampung itu lebih empat tahun lepas.
Selama ini katanya penduduk hanya terserempak dengan beruang di dalam kebun atau hutan berhampiran kampung itu sahaja.
Sehubungan itu dia berharap agar pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.