ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Oktober 2024.


1. Fattah curang, abai nafkah punca utama perceraian berlaku - Fazura

Aktres terkenal Nur Fazura Shariffuddin mendedahkan, perceraian yang berlaku antara dia dan Fattah Amin disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya.



2. Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Farah Kartini tangguh tiga bulan

Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 10 Disember depan bagi sebutan kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.


3. Malaysia sudah bersedia jadi Pengerusi ASEAN 2025 - PM Anwar

Malaysia sudah bersedia untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Cuti hujung minggu Johor ditukar Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).


5. Berkelakuan tidak senonoh, warga asing didenda RM5,000

Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu ke atas warga Taiwan Arthur Wang, 66, dan rakyat India Prasad Papoli, 70.


6. 122,000 murid tahun satu masih belum kuasai 3M - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata antara punca yang menyumbang kepada perkara itu adalah keciciran pembelajaran semasa pandemik COVID-19, kemiskinan selain anak-anak keperluan khas.


7. Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor 

Empat anggota termasuk seorang pegawai berpangkat inspektor dipindah keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta-merta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) menyalahgunakan premis kerajaan.


8. Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik 
 
Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan isteri Perdana Menteri itu berada dalam keadaan yang baik.


9. GISB: MAIS mulakan proses pulih akidah 261 kanak-kanak 

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mula melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap 261 kanak-kanak ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sejak 1 Okt lepas dengan menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh majlis agama itu. 


10. Bekas Mufti nasihat jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah

 Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.