ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Oktober 2024.


1. “Keluarga benar-benar berharap jasad ayah ditemui” - Anak Sabari Baharom

Anak kepada Sabari Baharom, 62, yang disyaki diikat dan dibuang ke dalam sungai masih berharap jasad ayahnya ditemui walaupun sudah 28 hari berlalu.



2. AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion

Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


3. Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli

Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.


4. Lelaki didakwa bunuh abang sendiri

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan pada 25 Sept lepas.


5. Sirajuddin dilantik Ketua Pengarah Jakim - KSN

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuat kuasa hari ini.


6. Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025

Prosiding kebankrapan itu adalah kerana mereka gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.


7. Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam 

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah kerana Ambank, yang mengendali urus niaga itu, telah memprosesnya atas pemahaman ia adalah derma yang sah.


8. Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam 

Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. 


9. Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal terhadap suspek 

Isteri kepada kepada pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu mahu tindakan undang-undang setimpal dikenakan terhadap suspek.


10. Sembilan rakyat Malaysia meninggalkan Lubnan, 15 lagi dalam proses - Wisma Putra 

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan Lubnan secara sukarela.