ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.


1. Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara

Seorang pemandu treler maut dalam nahas yang membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, awal pagi ini.



2. “I love you Am, bahagialah di syurga firdausi” - Aufahanie

Penyanyi Aufahanie mendoakan Allahyarham abangnya, Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang.


3. Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia

Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada Khamis.


4. Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui ibu mentuanya kira-kira jam 7.30 malam.


5. Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis

Punca kematian adalah pending laboratory investigation (menunggu siasatan makmal) dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.


6. Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri

Pemeriksaan untuk memastikan sama ada tertuduh sesuai dibicarakan atau tidak, atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu.


7. Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS

Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.


8. Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN

Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.


9. Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' yang boleh dibuli sesuka hati oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.


10. AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.