ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 April 2024.


1. “Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”

"Aidilfitri sudah tiada makna bagi saya apabila satu demi satu nyawa anak saya diambil ketika menjelang Aidilfitri," kata Aslina Abu.



2. Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Gara-gara brek tidak berfungsi, sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu, di sini, pada Selasa.


3. Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara, di sini, hari ini.


4. Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang

Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C di Jalan Kereta Api Lama, Batu 9, Klang, Selangor, malam tadi.


5. Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari

Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


6. Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.


7. Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM

Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas dan polis percaya kebanyakannya bermula daripada pengantunan melalui media sosial termasuk aplikasi sembang seperti WhatsApp.


8. PRK Kuala Kubu Bharu: PN telah kenal pasti calon

Perikatan Nasional (PN) telah mengenal pasti calon yang berpotensi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Bharu yang bakal diadakan 11 Mei ini.


9. Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan

Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


10. BAC 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi singkir jaguh dunia

Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.