ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 April 2024.


1. Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.



2. PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei 2024 pada Sabtu.


3. Kandungan Kebencian: CMCF gesa penggunaan media sosial yang bertanggungjawab

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) mengeluarkan seruan tegas kepada pengguna agar menggunakan media sosial dengan lebih bertanggungjawab atas perkongsia hantaran atau kandungan berbaur kebencian.


4. Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.


5. Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF

Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.


6. Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN

Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.


7. Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru

Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.


8. Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia

HARIMAU Malaya terpaksa menelan keperitan apabila ranking jatuh merudum menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.


9. Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri

Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka biarpun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.


10. KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menangani isu surat layang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terdapat bukti kukuh.