ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Januari 2024.


1. Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Januari - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga 14 Januari depan.



2. Suami isteri maut kemalangan elak babi hutan, lima beradik hilang tempat bergantung

Sekelip mata lima beradik menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka maut selepas motosikal dinaiki cuba mengelak daripada melanggar seekor babi hutan melintas lalu terbabas dan merempuh tiang eletrik di jalan bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, pada Khamis.


3. Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke

Syarikat penerbangan MYAirline harus mematuhi beberapa syarat besar yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan termasuk memulangkan semula pembelian tiket terdahulu kepada pelanggan.


4. Aset saya bernilai lebih RM50 bilion, jika kekal dalam perniagaan - Daim

Tun Daim Zainuddin berkata beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki aset-aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam kancah politik.


5. Dokumentari di Netflix: Najib hantar surat kepada Fahmi, SKMM

Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar surat kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyiaran dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam perkhidmatan aplikasi penstriman, Netflix.


6. Projek HSR: PM Anwar maklum baru terima laporan firma Jepun didakwa tarik diri

Perdana Menteri berkata, beliau baru sahaja menerima laporan berhubung laporan berita mengenai firma Jepun yang didakwa membuat keputusan membatalkan rancangan untuk terbabit dalam projek HSR.


7. Dokumentari 'Man on the Run' bersifat propaganda, MCMC perlu ambil tindakan segera - Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan dokumentari ‘Man on the Run’ yang disiarkan di Netflix sebagai sebuah dokumentari yang berat sebelah dan lebih bersifat propaganda, berbanding mengupas isu dengan profesional dan beretika.


8. Polis buka kertas siasatan dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN

Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggulingkan kerajaan.


9. Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengemukakan notis tuntutan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, supaya memohon maaf tanpa syarat berhubung hantaran berunsur fitnah di Facebook yang mendakwa beliau (Shamsul Iskandar), melakukan penyelewengan dana awam.


10. Palestin-Israel: Anwar gesa Jerman gunakan pengaruh desak gencatan senjata

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman supaya menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dalam konflik antara Israel dan Palestin sekali gus membenarkan akses bantuan kemanusiaan.