ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Disember 2023.


1. Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menunjukkan sokongan kepada UMNO merosot sekali lagi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



2. Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P

Kerajaan hari ini telah mula menawarkan kredit RM100 di bawah inisiatif eMADANI, sekali gus mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi secara fizikal di pelbagai pekedai tempatan.


3. Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi

Rafizi Ramli menafikan membuat pusingan-U mengenai gaji minimum RM1,500 yang telah dikuatkuasakan pada tahun lepas.


4. Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang diumumkan pada Sabtu memberi isyarat jelas bahawa UMNO masih jauh untuk berjaya dalam mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.


5. Liberalisasi visa China, India: KDN tidak kompromi keselamatan negara - Saifuddin

Kerajaan tidak berkompromi dengan faktor keselamatan negara di sebalik pelaksanaan Dasar Liberalisasi Visa yang membolehkan pelancong China dan India tinggal di negara ini tanpa visa selama 30 hari.


6. Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.


7. Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.


8. Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

Bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.


9. Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.


10. Kes Sulu: Azalina harap Mahkamah Madrid jatuhkan hukuman setimpal ke atas Stampa

Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.