ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.


1. Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang mengesahkan tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala dua parah dan empat lagi masih terperangkap dalam kejadian runtuhan gudang logistik yang masih dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, malam tadi.



2. PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.


3. Muhyiddin gagal dapatkan kembali pasport secara kekal

Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menolak permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal kerana mahu bercuti di United Kingdom.


4. Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengarahnya merakam video adalah individu sama dipanggil polis.


5. Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.


6. Remaja acu pisau terhadap pemandu e-hailing dibebas dengan jaminan polis

Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman pada Selasa kerana mengacu pisau di dada pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan di Taman Keladi, di sini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.


7. Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura

Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal bulan ini.


8. Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola yang cekap - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.


9. Pindaan Akta Suhakam kukuhkan peranan dalam isu kanak-kanak

Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 (Akta 597) mengukuhkan fungsi suruhanjaya itu dalam hal berkaitan hak kanak-kanak menerusi peruntukan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan dua Pesuruhjaya Kanak-Kanak.


10. 'Peruntukan pembangkang belum ditentukan kerana Hamzah belum bincang' - Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang belum dapat ditentukan, kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin belum lagi berbincang dengannya.