ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Oktober 2023.
1. Kerajaan akan pastikan pelaburan luar negara diluluskan segera - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan melakukan perubahan mendadak bagi memastikan setiap projek pelaburan dari luar negara dapat diluluskan dengan segera.
2. Acara utama sempena hari lahir Yang Dipertua Sarawak ditangguhkan
Penganjuran semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-87 Tun Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Okt ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
3. Empat sahabat dituduh bunuh warga emas
Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini, atas tuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kuala Ketil 1 Oktober lalu.
4. Pestabola Merdeka: Palestin sah tarik diri, FAM kekal format sedia ada
Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini mengumumkan bahawa format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 tetap dikekalkan biarpun ia kini hanya disertai tiga pasukan, iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.
5. "Tiada pilih kasih dalam penjurian All Stars Gegar Vaganza" - Tok Ram
Tiga barisan juri profesional dalam All Stars Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat menegaskan tidak wujud sebarang unsur pilih kasih dalam pembahagian markah.
5. Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks
Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengannya.
6. Fenomena El Nino dijangka lebih ekstrem susulan pemanasan global - Nik Nazmi
Fenomena El Nino dijangka menjadi lebih ekstrem dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara pada tahun ini, susulan faktor pemanasan global masa ini.
7. 'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
8. Polis sudah serah permohonan notis merah menantu Muhyiddin kepada Interpol
(PDRM) telah menghantar permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
9. Peruntukan subsidi 2024 Malaysia mungkin meningkat sejajar kenaikan harga minyak mentah - Rafizi
Kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan subsidinya tahun depan berikutan kenaikan harga minyak yang seterusnya boleh membawa kepada subsidi tinggi bagi produk petroleum, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
10. Geely rancang tingkat pelaburan di Malaysia - PM Anwar
Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) merancang untuk meningkatkan pelaburannya di negara ini termasuk memperkukuh Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Astro Awani
Tue Oct 10 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Oktober 2023.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.