ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 September 2023.


1. Hari Malaysia: Kukuhkan persaudaraan kaum, hayati semangat penubuhan Malaysia - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semangat persaudaraan yang kukuh mampu memperkuatkan lagi integrasi nasional dengan erti merdeka yang sebenar antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 



2. Hari Malaysia: Perlu toleh ke belakang jika mahu maju ke depan - Tun Mahathir

Sempena sambutan Hari Malaysia, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terdapat banyak perkara yang telah dilalui bersama sepanjang 60 tahun gabungan wilayah dan bergelar Malaysia.


3. Ulang tahun kelapan Amanah: Ahli perlu jauhi amalan takfiri - Mohamad Sabu

Semua ahli Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan agar sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia dan menjauhi amalan takfiri, label-melabel serta keji-mengeji sesama insan.


4. KPM bertegas isu guna murid untuk 'kandungan' media sosial

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas dalam menangani isu guru yang menggunakan anak murid dalam kandungan (content) media sosial, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


5. "Dah selesai cara baik antara kami" - Syafiq Kyle komen hubungan dengan Mimi Lana

Syafiq Kyle memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai konflik hubungan dengan aktres, Mimi Lana.


6. Tun Taib kembali ke Kuching

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat tiba di tanah air sekitar jam 4.30 petang tadi.


7. Kes DNAA Ahmad Zahid: Himpunan Selamatkan Malaysia akan diteruskan - Tun Faisal

Ia sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan ke atas tuntutan mereka termasuk untuk membuka semula kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


8. 'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni

Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.


9. Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis

Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.


10. PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak

Kesemua aduan yang telah disalurkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika program Kembara Kenali Borneo akan diselesaikan secara tuntas.