ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mac 2023.

1. Ugut pengarah Mentega Terbang, polis buka kertas siasatan

Polis menerima dua laporan daripada pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang yang mendakwa menerima nota berunsur ugutan selain kenderaan disimbah cat.


2. Tembak isteri: Lans koperal dihadap ke mahkamah, mohon ziarah kubur selepas dituduh

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya 5 Mac lalu.


3. Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan

Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap agensi kerajaan sekiranya berlaku kemalangan disebabkan keadaan jalan Persekutuan yang rosak atau berlubang.


4. Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pascabanjir di Johor

Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi projek pascabanjir di negeri Johor.


5. Ketenteraman negara: PM Anwar arah pasukan keselamatan waspada

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seluruh pasukan keselamatan agar berwaspada terhadap sebarang usaha oleh segelintir pihak yang mahu menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman dalam negara.


6. MB Kedah nafi berniat jahat, fitnah Anwar ketika kempen PRU15

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya 'Jelajah PN Best Tambun' tahun lepas.


7. Daftar pemilih tambahan Februari 2023 dibuka untuk semakan

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2023 (DPT BLN2/2023) kini dibuka untuk semakan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 15 April.


8. Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik

Keadaan kesihatan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Selasa lalu semakin baik.


9. All England: Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka.


10. Warisan tidak bertanding PRN enam negeri - Mohd Shafie

Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.