ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Disember 2022.

1. Remaja perempuan hilang dari inap desa ditemui selamat, 'diculik' kerana cinta

Polis menahan tiga individu termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju di sini, pada Ahad lalu.

2. Polis tumpaskan sindiket pengedaran 320kg syabu bernilai RM11.5 juta

JSJN pada 24 Disember lalu telah melancarkan Op Lambkin ke atas sindiket pengedaran dadah yang telah bergiat aktif sejak September 2022.

3. Polis siasat pasangan Rusia panjat puncak Menara Merdeka 118

Polis sedang mengesan pasangan tular dipercayai warga Rusia kerana disyaki telah menceroboh Menara Merdeka 118 untuk memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan, di sini baru-baru ini.

4. Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, menangis lihat jenazah

Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.

5. Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa

Seorang bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh-sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada 13 Dis lalu, merupakan detik terakhir mereka bersama.

6. Ali Puteh gagal rayuan ketepikan saman kakak ipar

Pelawak Ali Puteh hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar kepada kakak iparnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnahnya di media sosial, dua tahun lepas.

7. Najis tikus, lipas ditemui di premis makanan

Sebanyak lapan premis makanan diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus dan lipas dalam Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam yang dijalankan baru-baru ini.

8. Taman tema air di Bertam diarah tutup sementara kerana operasi tanpa lesen

Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, yang baru dibuka kepada umum 15 Disember lepas diarah tutup buat sementara waktu bermula hari ini.

9. NTF bubar secara rasmi 31 Disember

National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.

10. Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam, pesara dibayar 17 Jan

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Jan depan.