1. 12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam satu siri serangan udara Israel di seluruh Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
2. Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka, Rusia, meletus tiga kali dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan saintis memberi amaran mengenai bahaya aktiviti gunung berapi yang meningkat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Jumaat.
3. Taufan Marce jejaskan lebih 7,200 keluarga di Filipina
Taufan Marce (Yinxing) menjejaskan kira-kira 7,233 keluarga di tiga wilayah, lapor Agensi Berita Filipina, memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Jumaat.
4. Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Sebuah pesawat Qantas yang dalam penerbangan ke Brisbane terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sydney selepas mengalami masalah enjin.
5. 2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Dua orang maut manakala 12 lagi masih hilang selepas sebuah bot nelayan karam di perairan selatan Pulau Jeju pada Jumaat dengan operasi mencari sedang dijalankan, menurut laporan Pengawal Pantai.
6. Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam keadaan huru-hara melainkan negara anggota PBB campur tangan untuk menghentikan penguatkuasaan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
7. 14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis, lapor Agensi Anadolu yang memetik sumber media.
8. Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan pengurus kempennya, Susie Wiles akan berkhidmat sebagai Ketua Turus Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.
9. Ahli fizik Jerman cipta kod QR terkecil di dunia
Sekumpulan ahli fizik dari Universiti Munster mencipta kod QR terkecil di dunia, sekali gus melayakkan mereka disenaraikan dalam Buku Rekod Guinness, lapor agensi berita Jerman (dpa).
10. Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan, lapor Agensi Anadolu (AA).