ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.


1. Pilihan Raya AS 2024: Dunia berdebar menanti saat Amerika menuju ke pusat mengundi

Dengan hanya beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi, tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas Presiden Donald Trump.



2. Pendekatan Trump terhadap Ukraine jadikan kemenangannya lebih diutamakan - Ahli Parlimen Jerman

Hasrat calon presiden AS, Donald Trump untuk menamatkan konflik bersenjata di Ukraine menjadikan kemenangannya dalam pilihan raya yang akan datang lebih utama, kata ahli Bundestag dari parti sayap kanan Alternative for Germany (AfD), Steffen Kotre kepada Sputnik/RIA Novosti.


3. Persaingan sengit Kongres AS, tiada parti dijangka raih majoriti besar - Laporan

Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.


4. Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik

Tentera udara Israel menyatakan bahawa mereka telah menyerang aset perisikan Hezbollah berhampiran Damsyik pada Isnin, menyasarkan infrastruktur utama di Syria, yang menurut pihak Syria, melibatkan tapak awam.


5. Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK

Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), lapor PA Media/dpa.


6. Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur

Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa, menurut laporan agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.


7. China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing

Diplomat tertinggi China, Wang Yi, dan Takeo Akiba, Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun juga Setiausaha Agung Sekretariat Keselamatan Nasional Jepun, mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tinggi China-Jepun di Beijing pada Isnin.


8. BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama

Malaysia komited untuk memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara BRICS demi kesejahteraan bersama dan pembangunan global yang lebih seimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia

Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.


10. Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok

Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu, termasuk kenaikan gaji sebanyak 38 peratus dalam tempoh empat tahun, menurut kesatuan sekerja IAM pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).