Sekiranya dilantik, Duffy akan memantau sektor penerbangan, automotif, kereta api, transit dan dasar pengangkutan lain di jabatan tersebut dengan anggaran bajet sekitar AS$110 billion.
Ini termasuk dana besar yang masih tersedia di bawah undang-undang infrastruktur bernilai AS$1 trilion yang diluluskan oleh pentadbiran Joe Biden pada tahun 2021.
Dalam pada itu, Trump berjanji untuk membalikkan peraturan bahan pelepasan kenderaan diperkenalkan dalam pentadbiran Biden serta merancang untuk memulakan proses membatalkan peraturan ketat Biden yang dimuktamadkan awal tahun ini sebaik sahaja beliau memegang jawatan.
Peraturan tersebut mengurangkan had emisi ekzos sebanyak 50 peratus dari paras 2026 menjelang tahun 2032 dan mendesak pengeluar kereta untuk membina lebih banyak kenderaan elektrik (EV).
Presiden Terpilih itu kini mempunyai sokongan 295 perwakilan berbanding 226 yang memilih pesaingnya, Kamal Harris.
Dua negeri di Amerika iaitu Nevada dan Arizona masih belum mengumumkan keputusan, namun, kedua-duanya cenderung memihak kepada Trump.
Trump dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden AS bagi penggal kedua pada 20 Jan 2025.
Harris, sebagai Naib Presiden, akan menyelia upacara angkat sumpah di Bangunan Capitol, Washington. - Agensi