1. A.S. Memilih: Trump isytihar kemenangan
Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
2. A.S. Memilih: Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika "dipilih sebagai presiden ke-47"
Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal Rabu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara, lapor Anadolu Agency.
3. A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), antara Donald Trump dan Naib Presiden Kamala Harris tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
4. Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik sumber laporan pada Selasa.
5. Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Sekurang-kurangnya 89 orang masih hilang selepas banjir melanda timur Sepanyol, menurut pihak berkuasa kehakiman wilayah di Valencia pada Selasa.
6. Hujan lebat ragut 5 nyawa di Panama
Hujan lebat akibat sistem cuaca bertekanan rendah yang terbentuk di kawasan tropika atau "tropical depression" baru-baru ini telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, termasuk dua kanak-kanak di Panama, lapor media tempatan pada Selasa.
7. Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, selepas kedua-dua mereka tidak sependapat dalam banyak hal khususnya mengenai politik dalam negara dan peperangan Israel.
8. Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Parti Buruh yang memerintah Britain membentangkan rang undang-undang penting di Parlimen pada Selasa yang jika diluluskan, akan melarang merokok di taman permainan kanak-kanak, di luar sekolah serta hospital, lapor United Press International (UPI).
9. Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi BRICS, akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui, kata Presiden Vladimir Putin pada majlis penyampaian surat tauliah oleh duta asing di Kremlin pada Selasa.
10. PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.