ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.

1. Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

2. Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama

Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

3. 'Cash is king', 'king' itu rakyat: "Najib cakap macam orang tidak siuman" - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
menggambarkan rakyat sebagai raja atau ‘king’ menerusi pendekatan cash is king.

4. Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris

Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

5. Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa

Pasukan penyelamat menemukan separuh tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, pada Ahad.

6. Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai

Perkelahan 14 sekeluarga di Sungai Rayu, Matang dekat sini sempena cuti Hari Wesak bertukar tragedi apabila dua beradik lemas pada Isnin.

7. "Banyak rancangan bantu orang Melayu, namun, saya ditolak sebelum sempat laksanakannya" - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, beliau mempunyai banyak rancangan dan pelan membangunkan orang Melayu dari pelbagai aspek ketika beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

8. Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank

Tiada kad debit untuk pengeluaran wang? Setidak-tidaknya itu bukan lagi masalah bagi pelanggan Maybank apabila ia memperkenalkan pilihan mengeluarkan wang hanya dengan aplikasi MAE di mesin pengeluaran wang (ATM).

9. Seri Paduka berkenan berangkat menghadap Presiden UAE yang baharu di Abu Dhabi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Mushrif (Istana Presiden), Abu Dhabi pada kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan.

10. Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 41 tahun yang merupakan penjaga sementara kepada kanak-kanak itu kira-kira pukul 5.40 petang, di Jalan Besar Taman Dagang, pada Isnin.