Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bekalan makanan untuk negeri-negeri dilanda banjir adalah mencukupi.
Beliau berkata Kementerian Pertanian juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan kit bekalan makanan segera dalam tin yang mampu bertahan bagi tempoh tiga hari sebagai bekalan tambahan.
"Menerusi pengalaman banjir yang lepas, kita telah melakukan persiapan rapi menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kini ditambah lagi dengan bekalan makanan segera di dalam tin.
"Makanan tambahan itu kita mula bekalkan sejak hari pertama mangsa dipindahkan dan ia boleh dimakan tanpa dimasak dan cukup untuk bekalan selama tiga hari," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Seberang Tayor, di sini pada Selasa.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan kesemua mangsa yang terjejas banjir dibekalkan makanan segar dan bersih selain menerima kemudahan asas yang mencukupi bagi memastikan kesihatan mereka terjaga.
Shahidan turut berpuas hati dengan pengurusan bencana di semua tempat dengan kemudahan logistik dari semua agensi termasuk dari pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia yang membantu melancarkan operasi pemindahan mangsa banjir.
Katanya Prosedur Operasi Standard yang diamalkan di Kemaman juga turut menjadi contoh di negeri lain bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Beliau turut menyambut sumbangan pasukan sukarelawan membantu mangsa bencana ini khususnya ketika banjir, semasa banjir dan selepas banjir surut bagi membantu membersihkan rumah.
Dalam perkembangan sama Shahidan turut berkata seramai 60 anggota daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kini masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku insiden yang teruk atau kritikal di kawasan banjir.
"Mereka ini (Pasukan SMART) mempunyai semua kepakaran menyelamat dan mereka ini kita gerakkan bagi kes yang kritikal," katanya.
Setakat ini seramai 160 mangsa dari 40 keluarga masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Tayor selepas kediaman air mula dinaiki sejak petang semalam.
Bernama
Tue Dec 29 2015
SHAHIDAN: Persiapan rapi telah dibuat bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas dan bekalan makanan segera di dalam tin. - Gambar Fail
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.