Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Bernama
Tue Nov 05 2024
Seorang lelaki berdiri di atas kenderaan yang bergelimpangan akibat banjir buruk di Valencia, Sepanyol. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
"Saya ingin menyampaikan rasa simpati kepada rakyat di Sepanyol yang telah mengalami kehilangan ratusan nyawa, serta kemusnahan yang meluas di Valencia, akibat banjir besar minggu lepas.
"Rakyat Malaysia adalah bersama-sama rakyat Sepanyol pada masa yang paling sukar ini dan akan terus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka, dengan harapan keadaan akan bertambah baik pada hari-hari mendatang," katanya hantaran di akaun Facebooknya.
Semalam, media melaporkan lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad.